Lelaki Didakwa Halang Tugas, Guna Kekerasan Terhadap Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Khamis atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan kekerasan jenayah terhadapnya Januari lepas.

Afzainizam Abdullah, 36, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Barat Daya, Abu Hasan Omar, 60, di kawasan Teluk Bahang di sini pada pukul 10.15 pagi pada 21 Januari.

Akhbar sebelum ini melaporkan pegawai tersebut cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa pejabat daerah itu daripada merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang.

Bagi pertuduhan pertama, Afzainizam boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan bagi pertuduhan kedua, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 9 Julai bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan