Bekas Penyelia Didakwa Pecah Amanah Lebih RM600,000

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penyelia syarikat makanan sejuk beku mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap pertuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan wang berjumlah RM635,637.37 tahun lalu.

Chang Chee Seong, 30, didakwa melakukan pecah amanah wang hasil jualan perniagaan bagi 216 invois jualan bertarikh 3 September 2013 hingga 12 Mac lalu yang berjumlah RM635,637.37, dengan tidak menyerahkan wang tersebut kepada majikannya untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat JT Coldstorage Sdn Bhd, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Selayang di sini antara 4 pagi 7 September 2013 hingga 4 petang 12 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah serius namun Chang yang tidak diwakili peguam memohon jaminan, atas alasan dia perlu menguruskan keluarga dan menyelesaikan masalah.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan Chang diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 7 Julai untuk pengurusan kes.



 

Tags / Kata Kunci: penyelia , makanan sejuk beku

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan