Pengarah Syarikat Warga Bangladesh Didakwa Pecah Amanah RM160,000

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat tekstil warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM160,000 milik syarikatnya untuk kegunaan sendiri, empat tahun lalu.

Md Mokbul Hossain, 52, yang menetap di Aman Perdana, Klang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim G.Ramesh.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat M.N.T Global Sdn Bhd yang mana dia merupakan pengarahnya, di Lorong Tiara 1B, Klang antara 2 Sept 2010 dan 5 Mei 2011.

Md Mokbul didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Zainal Omar meminta mahkamah mengenakan jaminan yang munasabah kepada anak guamnya yang mempunyai isteri warga tempatan dan enam anak, memandangkan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah.

Mahkamah membenarkan Md Mokbul diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai sebagai sebutan kes.


Tags / Kata Kunci: Bangladesh , syarikat tekstil , pecah amanah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan