Ceroboh Rumah Dan Tiada Dokumen Perjalanan Sah, Warga Turki Dipenjara 11 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga Turki pada Isnin dijatuhi hukuman penjara berjumlah 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu setelah tertuduh, Tanyildz, 28, mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Erry Shahriman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan menceroboh dan penjara lima bulan bagi kesalahan tidak memiliki dokumen, kedua-duanya berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap, 18 April lalu.

Tanyildz didakwa menceroboh dengan memasuki sebuah unit di tapak perumahan Sri Jalil 1, Bukit Jalil, di sini pada 8.30 malam, 18 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua iaitu tidak mempunyai dokumen yang sah untuk masuk dan tinggal di Malaysia, Tanyildz didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum menurut Seksyen 6(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret sama, seorang pengawal keselamatan warga Indonesia mengaku tidak bersalah memiliki senjata tiruan 'pump gun'.

Azmi Abdul Halim, 32, didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Majistret Erry Shahriman menetapkan 3 Julai untuk sebutan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki pas yang sah untuk masuk dan tinggal di negara ini.

Bagi kesalahan itu, Erry Shahriman memerintahkan Azmi dihukum penjara lima bulan bermula tarikh tangkap, 8 April lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kedai emas di Cheras di sini pada 11.10 pagi pada hari berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Turki , ceroboh , penjara

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan