Rogol: Anggota Polis Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lepas. 

Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhi hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua sebuah balai polis di sini, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai di sini pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama.

Beliau turut membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. 

Tags / Kata Kunci: rogol , polis , penjara , sebatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan