Jenice Dibenar Pinda Tuntutan Mahkamah Terhadap Kok Wai

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 2:47 PM

Jenice Lee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai Jenice Lee Ying Ha untuk meminda tuntutan mahkamah beliau terhadap pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Jenice telah menyaman Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras kerana mendakwa beliau menuduhnya mempunyai salah laku.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera pada Isnin membenarkan permintaan Janice untuk meminda tuntutannya dan menetapkan 30 September ini untuk mendengar perbicaraan.

Bercakap kepada media di sini, peguam beliau, Michael Wong berkata mereka dibenarkan membatalkan beberapa perenggan daripada pernyataan tuntutan yang tidak dinyatakan dalam surat dan termasuk terjemahan bahasa Inggeris dalam saman itu.

Dalam saman yang difailkan pada November tahun lepas, Jenice berkata Kok Wai telah menfitnah beliau semasa tempoh berkempen pilihan raya umum apabila beliau mengadakan sidang akhbar di pasar Taman Muda pada 23 April.

Beliau berkata KOk Wai, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP telah membuat satu kenyataan yang mendakwa beliau melakukan salah laku penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Jenice berkata kenyataan itu yang mengandungi perkataan fitnah terhadap beliau yang telah diterbitkan dalam akhbar Cina dan di internet.

Beliau berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa beliau tidak bermoral dan sombong, dan tidak boleh dipilih oleh pengundi di DUN Teratai.

Beliau berkata KOk Wai telah menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab dan menamatkan keahliannya dalam parti pada 7 Oktober dan 30 Oktober.

Selain daripada mendapatkan ganti rugi dan meminta maaf, Jenice memohon perintah injunksi untuk menghentikan Kok Wai daripada mengulangi fitnah bertulis terhadapnya dengan mana-mana cara.
Tags / Kata Kunci: Jenice Lee , Tan Kok Wai

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan