Hakim Baharu Untuk Kes Saman Fitnah Raja Nong Chik Terhadap Nurul Izzah

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 2:12 PM

Raja Nong Chik (kiri) dan Nurul Izzah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang hakim baharu ditetapkan untuk menjadi orang tengah dalam penyelesaian kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Kabinet, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed menetapkan 26 Jun ini untuk menjadi pengantara pertikaian sivil antara kedua-dua pihak.

Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik menamakan Nurul Izzah, penerbit berita dalam talian Mkini Dotcom Sdn Bhd dan wartawan Lu Wei Hoong sebagai defendan.

Peguam Raja Nong Chik, M. Reza Hassan dan peguam Mkini Nur Hidayah Saidi mengesahkan butiran.

Pada bulan Februari, kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian selepas menemui hakim pengantara, Zainal L. Salleh di Pusat Mediasi di sini.

Raja Nong Chik menyaman Nurul Izzah dan dua yang lain kerana mendakwa memfitnah beliau ke atas penjualan tanah di Bukit Kiara.

Beliau memohon perintah mahkamah untu defendan menerbitkan permohonan maaf atas terma beliau.

Dalam tuntutan mahkamah, bekas senator itu mendakwa Nurul Izzah telah menyebabkan penyiaran pernyataan fitnah dan palsu terhadap beliau pada sidang akhbar pada 4 Mei.

Beliau mendakwa Nurul Izzah telah menyebabkan kenyataan-kenyataan yang sama disiarkan dalam portal Malaysiakini dalam dua versi, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari yang sama.

Beliau mendakwa terdapat perkataan tersirat bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk kepentingan peribadi dan keuntungan.
Tags / Kata Kunci: Raja Nong Chik , Nurul Izzah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan