Cederakan Penjual Sayur, Warga Myanmar Dipenjara Sehari, Denda RM1,200

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar dipenjara sehari dan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat selepas mengaku bersalah mencederakan seorang penjual sayur minggu lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ali Butto, 40, kerana mencederakan Teh Lee Kong, 23 dengan menggunakan tangan di Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Selayang pada 4.30 pagi, 24 Mei lepas.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Ali yang tidak berpuas hati kerana ditegur oleh Teh, telah menumbuk pengadu sehingga lebam di tepi mata dan belakang badan.

Selain itu, dia turut mengugut mahu membelasah dan mencari Teh jika beliau melaporkan kejadian itu kepada polis.

Dalam rayuannya, Ali yang diwakili peguam Asma'i Abdul Rauf memohon denda itu dikurangkan kerana perlu menanggung isteri dan anak-anaknya selain membayar sewa bulanan rumah RM400.

Berikutan itu, Majistret Erry Shahriman mengurangkan denda itu daripada RM2,000 ke RM1,200. Ali membayar denda itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, seorang pengurus kedai runcit dihukum penjara sehari dan denda RM2,500 kerana menyimpan dan memiliki rokok pelbagai jenama yang belum diluluskan oleh Kastam Diraja Malaysia.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu selepas Afifuddin Arahman, 45, mengaku bersalah menyimpan rokok itu di Cahaya Jaya Resources di Kampung Baru di sini pada 1.30 petang, 10 Mac lepas.

Dia didakwa memiliki 2,440 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM142.80.

Dia dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara 3 tahun atau denda maksimum 20 kali ganda nilai barang atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohd Azawan Shah.
Tags / Kata Kunci: penjual sayur , Ali Butto

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan