Tian Chua, Dua Aktivis Pembangkang Sekali Lagi Gagal Batal Pertuduhan Menghasut - Berita Mahkamah | mStar

Tian Chua, Dua Aktivis Pembangkang Sekali Lagi Gagal Batal Pertuduhan Menghasut

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:51 PM

Tian Chua

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan dua aktivis pembangkang sekali lagi gagal membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah tahun lepas. 


Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan Tian Chua sebelum ini dalam isu Lahad Datu yang memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan.

Oleh itu, beliau mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Pada 29 November 2013, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua, yang juga anggota Parlimen Batu, bagi membatalkan pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan pertuduhan itu selepas memutuskan ia pramatang serta tidak mempunyai merit.

Bagaimanapun, pada 5 Mac lepas, ketiga-tiga tertuduh sekali lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan itu.

Tian Chua atau Chua Tian Chang, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan