Permohonan Puncak Niaga Batal Keputusan LUAS Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan syarikat konsesi air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) untuk membatalkan keputusan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang tidak memperbaharui Lesen-Lesen Abstraksi Sumber Air bagi syarikat itu. 

Ketika menolak permohonan PNSB selaku pemohon, Hakim Datuk Zaleha Yusof berkata mahkamah bersetuju dengan responden (LUAS dan kerajaan Selangor) bahawa ia merupakan suatu keputusan polisi yang dibuat oleh LUAS tanpa niat jahat dan tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata keputusan LUAS dan kerajaan Selangor untuk tidak memperbaharui lesen abstraksi sumber air kepada Puncak Niaga bukan berniat jahat dan bukan sesuatu yang tidak munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan PNSB membayar kos RM15,000 kepada LUAS dan kerajaan Selangor.

Pada 20 Mac lepas, Puncak Niaga menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan LUAS yang menolak pembaharuan lesen-lesen abstraksi sumber air bagi tempoh bermula 1 Jun ini menerusi surat yang dikeluarkan LUAS bertarikh 7 Mac lepas.

Sehubungan itu, PNSB memohon mahkamah membuat perintah mandamus bagi memaksa LUAS dan kerajaan Selangor memperbaharui lesen-lesen itu.

Syarikat itu mendakwa LUAS gagal dan atau enggan menumpukan kepada kuasa dan budi bicara yang diberinya melalui Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Perlesenan) 2012 untuk memperbaharui lesen itu.

Selain itu, PNSB berkata kedua-dua responden enggan mengambil kira dan mempertimbang beberapa perkara relevan dalam menolak untuk memperbaharui lesen itu.

Antaranya ialah apabila PNSB tidak dapat mengasbtrak air mentah, ia tidak dapat memenuhi obligasinya untuk membekalkan air yang dirawat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk dibekal dan diagih kepada pengguna di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tags / Kata Kunci: Puncak Niaga , PNSB , LUAS , Datuk Zaleha Yusof

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan