Nurul Izzah Fail Kes Hadanah Terhadap Dua Anaknya

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 4:42 PM

Nurul Izzah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, telah memfailkan kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Perkara itu diberitahu oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Nurul Izzah, ketika kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain, Khamis.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

Pada 30 April lepas, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli memfailkan tuntutan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam dan defendan pada 24 Mei lepas.

Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden, untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi.

"Dalam prosiding hari ini, saya (Azmi) bersama peguam Zulkifli Che Yong hadir untuk mewakili responden," katanya.

Menurutnya mahkamah akan bertanya mengenai pendirian responden mengenai perkara itu sebelum diminta untuk mengemukakan pembelaannya.

Azmi berkata Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak hadir hari ini kerana berada di luar negara. 

Bagaimanapun, Nurul Izzah hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lepas.

Seksyen itu juga menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , cerai , hadanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan