Bapa Islam Perlu Pulangkan Anak Kepada Ibu Hindu Selepas Mahkamah Tolak Penangguhan

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:37 PM

Izwan ketika hadir ke mahkamah baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang saudara baru Islam perlu mengembalikan anak lelakinya berumur enam tahun kepada ibu kanak-kanak itu yang beragama Hindu, selepas dia mengambil budak lelaki itu daripada jagaan wanita itu.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran, yang nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberikan hak penjagaan dua anak berkenaan kepada ibu mereka S. Deepa.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara memutuskan mahkamah tidak menemukan sebarang keadaan khas dalam kes itu untuk membenarkan permohonan itu.

Mohd Hishamudin berkata tindakan pemohon (Izwan) melanggar perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 7 April 2014, telah mencegahnya daripada membuat permohonan itu.

"Dengan ini, permohonan ditolak dengan kos," katanya dan menurutnya seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan pemohon membayar RM8,000 sebagai kos kepada responden (Deepa).

Kemudian, ketika ditanya tentang keputusan mahkamah itu, peguam yang mewakili Izwan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita beliau akan memaklumkan anak guamnya berhubung perintah mahkamah itu dan terpulang kepada Izwan untuk memgambil tindakan selanjutnya.

Dalam permohonan itu, Izwan memohon bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu, sementara menunggu pendengaran sebenar rayuan itu. Bagaimanapun, tarikh pendengaran rayuan belum ditetapkan.

Beliau memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabariah Mohd Yusof yang membenarkan permohonan Deepa untuk mendapatkan perintah bagi hak penjagaan anak lelaki mereka Mithran dan anak perempuan Sharmila, 9.

Bagaimanapun Izwan, 31, dibenarkan lawatan mingguan.
Zabariah juga membenarkan permohonan Deepa untuk membubarkan perkahwinan sivilnya kerana suaminya sudah memeluk Islam. 

Pasangan itu berkahwin pada Mac 2003. Izwan, yang memeluk Islam pada 2011 turut menukar agama dua anaknya itu tanpa pengetahuan isterinya pada tahun yang sama.

Izwan kemudiannya memperoleh perintah hak penjagaan kanak-kanak itu daripada Mahkamah Syariah Seremban.

Peguam K. Shanmuga yang mewakili Deepa, 30, berkata Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak itu selepas hakim menemuramah mereka.
Tags / Kata Kunci: Izwan Abdullah , N.Viran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan