Mahkamah Tinggi Bebaskan Bekas CEO Sime Bank

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 3:22 PM

Ismail (tengah) dan isteri, Rohani bersama Foong selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Anda bebas sekarang dan tidak perlu lagi datang ke mahkamah," kata peguam Kitson Foong kepada anak guamnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Bank Negara.

Bank pusat itu mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Ismail daripada pertuduhan meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta semasa negara mengalami krisis kewangan terburuk pada 1997.

Hakim Datuk Azman Husin membenarkan permohonan itu selepas Foong memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara, selaku responden, gagal hadir di mahkamah sungguhpun selepas beberapa penangguhan rayuan dibenarkan mahkamah untuk memudahkan pihak pendakwaan.

"Kegagalan responden beberapa kali untuk hadir ke mahkamah menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam perkara ini," katanya, dan menambah mereka gagal menghadiri pengurusan kes yang ditetapkan mahkamah.

Foong memohon kepada mahkamah agar perjalanan 16 tahun anak guamnya ke mahkamah ditamatkan.

Pada 12 September 2011, Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan.

Ismail, 71, didakwa meluluskan pinjaman RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 20 Sept 1997 dan 21 Okt 1997 di pejabatnya di tingkat dua Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Ismail di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.

Selepas mahkamah menyampaikan keputusan, Ismail memberitahu Bernama beliau kehilangan 16 tahun yang amat berharga sebagai seorang jurubank dan beliau berdepan tugas mencabar untuk kembali ke sektor perbankan memandangkan segala-galanya sudah berakhir baginya.

Kata Ismail, beliau menggunakan kesemua wang simpanannya setelah tiada pihak yang mahu mengambilnya bekerja dan beliau juga perlu menyara empat anaknya.

"Dalam usia sekarang, kerjaya saya dalam bidang perbankan sudah berakhir namun saya bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada rakan-rakan dan peguam saya sebab perjalanan saya ke mahkamah sudah selesai," kata Ismail yang kelihatan lega, sebelum beredar dari mahkamah dengan diiringi isterinya, Datin Rohani Yusoff.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan