Tiga Beradik Cederakan Pegawai Bank Didenda RM500

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat kesalahan mencederakan seorang pegawai bank sehingga menyebabkan lebam di mata dan bahunya, tiga beradik hari ini masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Azmanizam Abd Rahman, 31, dan dua adiknya Azrul Effendy, 29, dan Azrul Amri,24, sebelum itu mengaku bersalah mencederakan Khairul Nizam Mat Saad, 33, dikawasan tempat letak kereta Blok 4, Flat Sri Pulau Pinang, Cheras pada 12.40 pagi, 28 April lepas.

Majistret Nor Azura Murah memerintahkan tiga beradik itu dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu. Azmanizam, seorang kelindan lori, Azrul Amri, seorang pelajar dan Azrul Affendy yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada dalam rumahnya di flat berkenaan mendengar dan melihat beberapa lelaki termasuk tertuduh sedang bergaduh bersebelahan dengan keretanya.

Mangsa turun dan menegur mereka kerana telah melanggar keretanya dengan basikal, kemudian ketiga-tiga tertuduh datang ke arah mangsa dan memukul dan menumbuknya sehingga menyebabkan mangsa cedera.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Azmanizam dan Azrul Effendy yang sudah berkahwin dalam rayuan mereka memohon supaya dikenakan hukuman denda minimum atas alasan mereka menanggung anak-anak dan isteri masing-masing manakala Azrul Amri juga memohon hukuman sama kerana masih belajar.

Ravindran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada kesemua tertuduh.

Tags / Kata Kunci: Denda RM500 , 3 Beradik

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan