Rompakan Bersenjata: Tiga Lelaki Dipenjara 18 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lelaki yang menjalani hukuman bagi kesalahan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dipenjara 18 tahun lagi selepas didapati bersalah merompak sebuah rumah di Cheras, Hulu Langat menggunakan senjata api, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari turut memerintahkan Chung Cheng Seng, 47, dan Lai Kum Leng, 47, masing-masing disebat enam kali manakala seorang lagi tertuduh, Tan Mian Chee, 61, terselamat daripada hukuman itu atas faktor usia. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pelanduk Satu, Taman Suntex, Batu 9, Cheras pada kira-kira 7.15 pagi 16 Ogos 2009 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sebelum ini, mereka dibicarakan atas pertuduhan asal iaitu merompak secara berkumpulan dengan bersenjata api serta menyebabkan kematian seorang lelaki ditempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sepanjang hayat, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berpuas hati bahawa pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut Seksyen 396Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pendakwaan berjaya membuktikan berlaku kesalahan rompak mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan namun gagal membuktikan elemen pembunuhan.

"Selepas membandingkan keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh dengan keterangan saksi pendakwaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan ketiga-tiga tertuduh dengan kesalahan membunuh semasa melakukan rompakan," katanya. 

Sehubungan itu, Noor Azian mensabitkan mereka dengan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Sejumlah 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala Chung diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid, Lai oleh Muhammad Rafique Rashid Ali dan Tan diwakili K.A.Ramu. Chung, peniaga pasar malam; Lai, kontraktor, serta Tan, pemandu lori,ditangkap di Endau, Johor beberapa hari selepas rompakan dan empat pucuk pistol turut ditemui bersama mereka.

Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah mengikut Akta Senjata Api (PenaltiLebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Kluang yang menyaksikan Chung dan Lai dihukum penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan bagi kesalahan memperdagang senjata api manakala Tan dipenjara lima tahun kerana memiliki senjata api.

Tags / Kata Kunci: Rompak Bersenjata , Penjara

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan