Rosakkan Barangan Restoran: Pemandu Lori Dipenjara Sehari

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara merosakkan barangan termasuk dapur dan tong gas di sebuah restoran, seorang pemandu lori hari ini dihukum penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.


Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Vijayan, 47, setelah dia mengaku bersalah melakukan khianat dengan merosakkan barangan itu sehingga menyebabkan kerugian RM1,000 terhadap pengusaha Restoran Al Janna di Jalan Angsoka Nagasari di kawasan Dang Wangi di sini pada 6 petang, 25 April lepas. 

Vijayan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Vijayan telah bertindak merosakkan barangan termasuk memecahkan kerusi dan pinggan mangkuk sehingga menyebabkan pelanggan restoran itu berasa takut.

Sementara itu, rakannya K.Nesa Sivabalan, 46, didenda RM1,000 oleh mahkamah sama selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki warganegara Bangladesh di restoran itu pada masa dan tarikh sama.

Pemandu teksi itu didakwa memukul lelaki itu yang dikenali sebagai Aktar dengan kerusi sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mulut dan kepalanya.

Nesa Sivabalan, bapa kepada tiga anak, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Vijayan dan Nesa Sivabalan membayar denda masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Vincent Chew Zi Xian. 
Tags / Kata Kunci: pemandu lori , dipenjara

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan