Penjual Buah Dilepas, Dibebas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskan seorang penjual buah daripada tuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh Adnan Aman, 58, dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 25,995 gram di tepi Jalan Bukit Ayon, Bayan Lepas pada 3.30 pagi, 2 Oktober 2012.

Adnan yang diwakili peguam belas Hussaini Abdul Rashid, dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang tempoh perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil tujuh orang saksi manakala pihak pembelaan tidak memanggil saksi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar.
Tags / Kata Kunci: penjual buah , dadah , Adnan Aman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan