Mahkamah Tolak Permohonan Melepaskan Chegubard

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat menolak permohonan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin untuk melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Hakim Yasmin Abdul Razak menolak permohonan yang dikemukakan peguambela Badrul Hisham, Eric Paulsen yang berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April lepas yang menggugurkan pertuduhan ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.

Paulsen berkata mahkamah akan tersalah arah sekiranya menunggu Parlimen meminda Akta Perhimpunan Aman itu kerana Mahkamah Rayuan telah memutuskan akta tersebut tidak mengikut perlembagaan dan tidak terpakai.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pula berhujah bahawa akta itu masih boleh diguna pakai sehingga Parlimen memindanya.

Beliau juga memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes itu. 

Badrul Hisham, 35, atau dikenali sebagai "Chegubard" sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: Chegubard

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan