Rasuah: Kerani Tabung Haji Dipenjara 4 Tahun Dan Denda RM40,000

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kerani Lembaga Tabung Haji (TH) dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menerima rasuah menolong 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji, mengerjakan ibadah itu pada 2010.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan hukuman itu terhadap Roslan Mohamed Som, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Selain Roslan, seorang lagi tertuduh, juruanalisis sistem Jabatan Teknologi Maklumat TH, Afizul Md Yasin, 36, turut dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM60,000 oleh mahkamah sama selepas didapati bersalah membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan sekiranya mereka gagal membayar denda itu, Roslan dan Afizul masing-masing boleh dipenjara 16 bulan dan lapan bulan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan kes mereka di Mahkamah Tinggi selesai selain menaikkan jumlah jaminan daripada RM20,000 kepada RM30,000.

Dalam penghakimannya, Mat Ghani menolak pembelaan Afizul yang menyatakan individu lain mengakses komputer itu kerana berdasarkan keterangan saksi pendakwaan dan laporan forensik menunjukkan tertuduh yang melakukannya.

Pada 9 Februari 2012, Roslan mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM6,750 sebagai upah untuk menolong menguruskan 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010, supaya dapat menunaikan haji pada waktu itu.

Dia yang bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Tabung Haji, dituduh menerima wang itu daripada perantara, Samsudin Ibrahim di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini antara 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010.

Roslan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Afizul juga mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat capaian ke pangkalan data TH dan memasukkan rekod nama 27 jemaah haji menggunakan program komputer, tanpa kuasa yang perbuatan itu akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan sistem haji Lembaga Tabung Haji.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini antara 10.55 pagi dan 11.10 malam, pada Jun dan Julai 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Imam Abu Sa'id Nahrawi yang mewakili
Roslan memohon hukuman ringan dikenakan kerana anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan mempunyai tahap kesihatan yang kurang memuaskan.

Peguam Rusli Zain yang mewakili Azizul, turut memohon hukuman ringan memandangkan Azizul telah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria.
Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , rasuah , kerani

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan