Sekali Lagi Chegubard dan Dua Lagi Dilepas Tanpa Dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 7:18 PM

Chegubard

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' dan dua lagi sekali lagi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada malam Ambang Tahun Baharu oleh Mahkamah Seksyen di sini, Rabu.


Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23 iaitu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan, 33, mengaku tidak bersalah.

Pada 28 April lepas, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di sini antara pukul 9 malam, 31 Disember 2013 dan pukul 1 pagi, 1 Januari lepas.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Dang Wangi, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan dan oleh itu, melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Dalam penghakiman, Ahmad berkata pada 25 April lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut Perlembagaan dan oleh itu tiada kesalahan dilakukan oleh mereka yang menerima notis Orang Kena Saman (OKS).

"Oleh kerana saya terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan maka susulan itu, tuduhan tersebut kini tidak berasas dan dengan itu OKS perlu dilepaskan.

"Oleh kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk melepas dan membebaskan tanpa mendengar keterangan, saya kini memerintahkan kesemua OKS dilepas tanpa dibebaskan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Chegubard , Badrul Hisham Shaharin , SAMM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan