Jurujual Dipenjara 38 Tahun Kerana Menipu

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual sebuah syarikat kad tambah nilai dijatuhi hukuman penjara berjumlah 38 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menipu membabitkan jumlah RM296,955.

Chen Yin Hooi, 30, dijatuhi hukuman penjara antara tiga tahun dan enam tahun enam bulan dan dengan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama hingga kelapan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun enam bulan selepas Hakim Nor Sharidah Awang memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 28 Mac lepas.

Dia mengaku memperdayakan majikannya, Syarikat Top Plus Distribution Sdn Bhd supaya mempercayai empat buah syarikat iaitu Syarikat Pyramid AV Telecomunication, Syarikat Oscar Colour Lab & Telecomunication Sdn Bhd, Syarikat Neraca Gemilang Sdn Bhd dan Syarikat Talk Station Sdn Bhd membuat pesanan kad tambah nilai DiGi melalui lapan keping invois membabitkan jumlah keseluruhan RM296,955 sedangkan pesanan itu tidak wujud.

Kesemua kesalahan itu dilakukannya di Top Plus Distribution Sdn Bhd, Plaza Prima Setapak 5, Sentul, di sini, antara 29 Jan hingga 24 Mac 2014.

Terdahulu, Chen yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jumlah hukuman memandangkan dia menanggung ibu yang sudah tua serta adik perempuan yang masih belajar.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin, bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, namun mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan dilakukan itu adalah serius.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan