Bekas Jurujual Telefon Bimbit Mengaku Tidak Bersalah Tipu Majikan

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 2:36 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu terhadap 14 pertuduhan menipu majikannya yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,393 dua tahun lepas.

Peh Swee Kim, 28, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Peh didakwa memperdayakan Syarikat Asia Mobile Supplies Sdn Bhd dengan mendakwa terdapat 14 tempahan invois yang bernilai antara RM885 dan RM12,840 daripada beberapa syarikat telefon bimbit lain, yang menyebabkan syarikat itu menyerahkan barangan terbabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Asia Mobile Supplies, Tingkat 1, Plaza Low Yat, Off Jalan Bukit Bintang di sini antara 15 Mei 2012 hingga 10 Jan 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan namun peguam Mohd Riza Zakaria memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Hakim Mat Ghani kemudian membenarkan Peh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun untuk sebutan.
Tags / Kata Kunci: jurujual , telefon bimbit , tipu , majikan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan