Black 505: Nik Nazmi Lepas Tanpa Bebas

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa melepas tanpa membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya, pada 8 Mei tahun lepas.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam bela N. Surendran.

Dalam keputusannya, Yasmin berkata kes itu dianggap pra-matang atas alasan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan itu masih belum didengar.

"Dalam kes ini jelas pihak pendakwaan seharusnya menyelesaikan rayuan tersebut terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga berkata, Mahkamah Sesyen terikat dan perlu akur dengan keputusan itu sehingga Mahkamah Rayuan berkata sebaliknya.

Mahkamah dalam keadaan ini juga menpersoalkan bagaimana boleh seseorang yang telah dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan dituduh semula di Mahkamah Sesyen.

Terdahulu, peguam Surendran berhujah bahawa perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang sudah dibebaskan atau disabitkan daripada sesuatu kesalahan, tidak boleh dibicarakan semula atas kesalahan sama.

"Pertuduhan ini menghina mahkamah, kerana ia adalah sama dengan pendakwaan terdahulu," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin bagaimanapun, berhujah bahawa Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa penuh untuk Nik Nazmi selaku Orang Kena Saman (OKS) dituduh semula.

"Dalam kes ini, OKS tidak pernah dibicarakan serta keterangan tidak pernah dikemukakan," katanya.

Pada prosiding hari ini, Nik Nazmi, 32, didakwa semula dengan pertuduhan sama, bagaimanapun peguam Surendran memohon pengakuan anak guamnya itu tidak direkodkan sebelum mendengar hujahannya.

Pada 25 April lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof membenarkan permohonan Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Mohd Ariff berkata Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

Mengikut pertuduhan, Nik Nazmi, sebagai penganjur perhimpunan itu didakwa gagal memberitahu Polis Petaling Jaya mengenai di mana perhimpunan itu hendak diadakan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, di sini, pada 8.30 malam, 8 Mei tahun lepas.

Nik Nazmi, didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: Nik Nazmi Nik Ahmad , Black 505

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan