Penjual Jam Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual jam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan pecah amanah apabila menjual tiga jam tangan mewah milik seorang pelanggannya, Febuari lalu.

Chin Shuan Cheo, 40, pada Isnin didakwa melakukan perbuatan itu dengan menjual dua jam tangan berjenama Rolex dan sebuah jam tangan berjenama Chopard milik Khor Hoong Hum kepada pihak lain, dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk kegunaannya sendiri.

Mengikut pertuduhan, kesemua jam tangan itu dihantar oleh pelanggannya untuk dibaiki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Diamond Chin Watch Repair Centre di Laman Rimbunan, Kepong pada 12 tengah hari, 27 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi tidak menawarkan sebarang jaminan, namun peguam Shah Rizal Abdul Manan, yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya diberi jaminan dengan alasan dia perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun ini untuk sebutan kes.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan