Lelaki Nigeria Sembunyi Dadah Dalam Perut Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perbuatan seorang lelaki warga Nigeria mengedar 93 kapsul dadah jenis Methamphetamine yang disembunyikan di dalam perutnya dua tahun lalu, akhirnya membawanya ke tali gantung.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman mati itu terhadapnya selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Chibuike Barth Orajekwe, 53, yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus hakim menjatuhkan hukuman.

Dia didakwa mengedar dadah seberat 1054.9 gram itu di Wad 6C, Hospital Serdang, Kajang antara 2 pagi, 5 Julai 2012 dan 5.10 petang, 7 Julai 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata tiada keterangan pihak pembelaan yang dapat menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan kes ini.

"Mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh, Chibuike Barth Orajekwe merupakan penafian, difikirkan semula dan cuba mengelak daripada apa sahaja keterangan yang diberi oleh saksi pendakwaan.

"Sehubungan itu, tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan ini yang mana hanya satu sahaja hukuman yang ditetapkan jika sabit kesalahan iaitu tertuduh diperintah digantung di leher sampai mati," katanya.

Seramai 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Kastam Diraja Malaysia, Syalia Ain Zainuddin sementara tertuduh diwakili peguam Wan M.Razali Wan A.Kadir.


iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan