Pembantu Kedai Nasi Campur Didakwa Pecah Rumah, Curi

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai nasi campur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri pelbagai barang termasuk wang tunai RM20,000 milik seorang ahli perniagaan bulan lalu.

Lim Jun Hwa, 31, didakwa bersama Sea Wong Keat, 28, (yang masih belum dituduh) mencuri dokumen perjanjian rumah, pasport, surat beranak, geran rumah, wang tunai RM20,000, lima jam tangan, satu set barang kemas dan komputer riba bernilai RM70,000 milik Soh Sun Sun, 40, di sebuah rumah di Taman Wahyu, antara pukul 7.30 pagi hingga 5 petang, 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jun Hwa, yang didakwa bersama Wong Keat, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki harta curi iaitu tiga jam tangan pelbagai jenama, empat keping kad kredit serta 53 keping mata wang bernilai 25000 dinar (RM40,000) milik ahli perniagaan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan kes dan mengarahkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Beliau mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa dan ahli keluarga serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali. 


iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan