Kugan: Keputusan Rayuan Polis, Kerajaan Malaysia Pada 17 Jun

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan sehingga 17 Jun ini untuk mengumumkan keputusan berhubung rayuan polis, Kerajaan Malaysia dan seorang bekas konstabel terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bertanggungjawab atas kematian A. Kugan.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh itu selepas meminta perayu mengemukakan hujah tambahan mengenai isu misfeasans jawatan awam berhubung kematian semasa dalam tahanan.

Mahkamah itu pada mulanya menetapkan Selasa sebagai tarikh untuk membuat keputusan, tetapi apabila prosiding bermula, Mohamad Ariff memaklumkan bahawa mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau sebaliknya meminta mereka mengemukakan hujah tambahan berhubung isu itu dan memberi masa kepada peguam R.Sivarasa yang mewakili ibu Kugan, N. Indra, hingga 14 Mei ini untuk mengemukakan hujahnya serta dua minggu kepada Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan peguam Ramesh Sivakumar untuk menjawab hujah itu.

Azizan mewakili polis dan Kerajaan Malaysia , manakala Ramesh bertindak bagi pihak bekas konstabel polis V. Navindran.

Pada 26 Jun tahun lalu, hakim Mahkamah Tingggi Datuk V. T. Singham (kini bersara) membenarkan Indra mengemukakan saman sivil dan memerintahkan perayu membayar ganti rugi RM801,700 kepada keluarga Kugan.

Dalam memorandum rayuan, perayu berkata mereka mengemukakan rayuan terhadap penghakiman yang mendapati mereka bertanggungjawab bagi kematian Kugan serta membayar ganti rugi punitif dan teladan kepada keluarga Kugan.

Menurut mereka, keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan bayaran ganti rugi dibuat berhubung misfeasans penjawat awam adalah suatu kekhilafan dan melampaui Akta Undang-undang Sivil 1956.

Perayu mendakwa mengikut Akta itu, terdapat had bagi tuntutan pusaka Kugan, tetapi Mahkamah Tinggi bertindak melampauinya apabila memerintahkan bayaran ganti rugi dibuat bagi mesfeasans jawatan awam.

Polis, Kerajaan Malaysia dan Navindran berkata Indra memfailkan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta itu, yang terhad kepada tuntutan pusaka dan pergantungan serta tidak memperuntukkan misfeans penjawat awam.

Indra, 47, memfailkan saman sivil itu terhadap Ketua Polis Selangor ketika itu Tan Sri Khalid Abu Bakar, kini Ketua Polis Negara (KPN), Navindran, bekas Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Rashid Abu Bakar (meninggal dunia), KPN dan Kerajaan Malaysia.

Indra menyaman perayu berhubung kematian anak lelakinya ketika berada dalam tahanan polis di Balai Polis USJ Taipan pada 20 Jan 2009. Kugan, 22, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri sebuah kereta mewah.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan