Chegubard Dan Dua Lagi Dilepas Tanpa Dibebas

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 9:23 PM

 Chegubard

Chegubard.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' dan dua lagi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu sebagai membantah kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

Azman berkata sehubungan itu, adalah tidak adil untuk meneruskan pendakwaan terhadap Chegubard, 35, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Reduan, 33.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Disember 2013 hingga 1 pagi 1 Januari lepas.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan dan oleh itu, melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Black 505.

Dalam penghakimannya, mahkamah itu memutuskan bahawa polis boleh menguatkuasakan larangan terhadap perhimpunan seperti itu namun bukan menghukum penganjur dengan mendakwa mereka apabila gagal memberi notis 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan