Isteri Terlalu Lama Tunggu Fasak

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 10:41 PM

Datuk Nadzim Johan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ruzana Othman, 56, menderita 'digantung tanpa tali' setelah ditinggalkan suaminya lebih 15 tahun sementara pihak mahkamah belum meluluskan permohonan fasaknya.

Katanya beliau amat kesal dengan proses pelaksanaan dan prosedur mahkamah syariah setelah beliau memfail permohonan fasak dua tahun lepas, namun sehingga kini tiada keputusan yang dikeluarkan.

"Pihak mahkamah suruh saya cari suami saya dengan mengiklankan terlebih dahulu. Saya buat walaupun saya tidak lagi bekerja namun saya cuba cari duit untuk laksanakannya.

"Lepas itu dalam Febuari lepas, saya kembali ke mahkamah menyatakan suami saya masih tidak dapat dikesan, namun pihak mahkamah suruh saya melantik peguam. Saya kesal kerana saya bukannya ada duit, tambahan pula saya sudah tua," katanya kepada pemberita dalam sesi sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini Khamis.

Ruzana berkata suaminya telah meninggalkan beliau bersama seorang anak pada 1998.

"Bermacam-macam cara saya dah usaha untuk mencari suami saya yang hilang entah ke mana dan sehinggakan saya tidak larat lagi dan saya mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan fasak. Namun perkara itu membebankan saya lagi," katanya.

Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak mahkamah syariah agar meneliti semula pelaksanaan undang-undang tersebut agar ia tidak membebankan pihak lain.

"Saya pelik dengan kes seperti ini. Kita perlu cari kaedah untuk mengubah keadaan. Kita bukan nak menunding jari kepada sesiapa, namun tindakan segera perlu diambil untuk mengatasinya," katanya. 

Beliau berkata pihaknya menerima lebih 100 aduan yang melibatkan mahkamah syariah yang majoritinya mengenai prosedur mahkamah yang dikatakan terlalu rumit dan membebankan.
Tags / Kata Kunci: fasak , gantung tak bertali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan