23 Didakwa Ambil Dadah Di Pesta Hari Jadi

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 9:08 AM

Sebahagian tetamu pada majlis hari jadi yang diadakan di inap desa Pulau Pinang, Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seramai 23 individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Rabu terhadap pertuduhan mengambil dadah pelbagai jenis ketika meraikan pesta hari jadi di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini Ahad lalu.

Ksemua mereka yang berusia antara 18 dan 35 tahun itu didakwa di tiga mahkamah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diwajibkan pengawasan sehingga tiga tahun.

Di Mahkamah Majistret 1, lapan lelaki mengaku tidak bersalah memasukkan dadah ke dalam badan jenis Methamphetamine dan Amphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lalu.

Terdahulu, Majistret L. Uma Devi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 2, empat lelaki dan tiga wanita turut mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, pada tarikh sama.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim.

Di Mahkamah Majistret 3, dua lelaki mengaku tidak bersalah manakala lima wanita dan seorang lelaki mengaku bersalah memasukkan dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lalu.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab.


Tags / Kata Kunci: dadah , hari jadi , inap desa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan