Penganggur Didakwa Ragut Barang Kemas RM17,000

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 6:36 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur yang cedera dipercayai akibat dipukul orang awam, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas tuduhan meragut barang kemas bernilai RM17,000 milik seorang wanita, empat hari lalu.

Mohd Faizal Adzham Mohd Noh, 29, yang hadir ke mahkamah dengan kaki kanan bersimen dan sebahagian kemeja lengan pendek yang dipakainya mempunyai tompokan darah kering, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa meragut seutas rantai leher dan satu loket emas milik Chung Soon Keong, 42, di tempat letak kenderaan Restoran May Flower di Jalan Anggerik Vanilla, Seksyen S31/S Kota Kemuning di sini, pada pukul 1.45 tengah hari, Sabtu lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim mencadangkan agar Mohd Faizal dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Peguam Mohammad Hafiz Zainol Abidin, yang mewakili tertuduh, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan isteri anak guamnya kini sarat mengandung.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Tags / Kata Kunci: ragut , penganggur , barang kemas , wanita

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan