Kes Saman Anwar Terhadap Anifah 25 Ogos Depan

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 1:01 PM

Anifah Aman.

Anifah Aman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa menetapkan 25 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kes saman itu berhubung kenyataan menteri berkenaan dalam sidang akhbar di Washington, lima tahun lalu.

Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Anifah dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.

Latheefa ketika ditemui pemberita berkata mahkamah turut menetapkan 27 hingga 29 Ogos untuk perbicaraan kes itu.

"Selain itu, 15 dan 17 September serta 7 dan 8 Oktober turut ditetapkan untuk perbicaraan, manakala 2 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes," katanya sambil menambah lapan saksi termasuk Anwar dan Anifah akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 April lepas memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Januari 2013, yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Pada 6 Jan 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman berhubung kenyataan yang dibuat menteri itu pada Mei 2009 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar Anifah bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah tidak berasas dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Anifah Aman , Saman

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan