Saman Fitnah Felda Terhadap Saifuddin Selesai

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 8:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan penjualan minyak sawit ke Israel, diselesaikan secara baik pada Isnin.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam mahkamah terbuka selepas Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Felda, memaklumkan perkara itu kepada mahkamah.

Kes itu berkaitan artikel bertajuk '2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel' dan 'BN Jangan Tipu Rakyat' bertarikh 27 November 2012 yang disiar Suara Keadilan.

"Defendan ketujuh (Saifuddin) dengan ini menerima dan mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd, pada Mac 2010, membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel," katanya sambil menambah Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd merupakan dua entiti yang berbeza.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan tujuh saksi dan hari ini Saifuddin sepatutnya memberi keterangan pada perbicaraan kes saman fitnah itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 April untuk keputusan kes itu bagi enam defendan lain iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd. Felda memfailkan saman itu pada 7 Jan tahun lepas.

Penyataan tuntutan Felda mendakwa Mazlan memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 19 November 2013 dan empat hari selepas itu, defendan berkenaan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan di depan pejabat Felda, yang diterbitkan semula menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.

Felda mendakwa fitnah itu menjejas reputasinya dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian bagi menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.Sehubungan itu, Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos.Saifuddin diwakili peguam William Leong manakala defendan lain oleh peguam Azhana Mohd Khairuddin.

Tags / Kata Kunci: Felda , Saifuddin Nasution , PKR

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan