Mahkamah Benar Permohonan Penulis Blog Seks Batal Salah Satu Tuduhan

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 12:29 PM

blogger seks

Pasangan penulis blog seks, Alvin Tan (kiri) dan Vivian Lee (tengah) bersama peguam mereka, J. T Chong ketika bercakap kepada para pemberita selepas menghadiri Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membatalkan salah satu tuduhan terhadap penulis blog seks yang lebih dikenali sebagai Alvivi berikutan penyiaran gambar mereka berkaitan Ramadan di Facebook, berikutan ia tidak terpakai untuk mereka yang bukan Islam.

Hakim Mohtarudin Baki membenarkan permohonan pasangan itu pada Isnin, dengan mengisytiharkan bahawa Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan tidak dapat digunakan dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka.

Alvin Tan Jye Yee, 26, dan Vivian Lee Mei Ling, 25, membuat rayuan terhadap dakwaan di bawah Seksyen 298 atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Keputusan sebulat suara oleh panel itu membabitkan Hakim Rohana Yusof dan Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pasangan penulis blog itu hanya perlu menghadapi dua tuduhan dalam perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Tan dan Lee didakwa pada 18 Julai lalu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Tuduhan yang masih dikekalkan adalah dakwaan menyiarkan gambar dengan komen "Selamat Berbuka Puasa (Dengan bak kut teh... wangi, enak, menyelerakan)" yang mengandungi logo halal dan kemungkinan berbaur fitnah, hasutan, dan kerana memaparkan imej lucah di blog mereka.

Paparan gambar dan kenyataan yang dibuat oleh pasangan itu pada 11 Julai lalu mencetuskan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum di atas tindakan mereka yang tidak sensitif, di mana paparan berkenaan kemudiannya dipadamkan dan memuat naik gambar-gambar baharu mereka memakan ketupat, rendang dan karipap.

Laman Facebook itu kemudiannya dipadam.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan