Peniaga Burger Dituduh Letupkan Mercun Perlawanan Perak-JDT

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 10:39 PM

Seorang peniaga burger mengaku tidak bersalah menyebabkan letupan mercun selepas berakhirnya perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim di Ipoh pada Rabu lepas.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang peniaga burger mengaku tidak bersalah menyebabkan letupan mercun selepas berakhirnya perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim di sini pada Rabu lepas.

Mohd Sahir Yahya, 26, dari Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dituduh menyebabkan letupan iaitu membaling mercun ke arah anggota polis iaitu Mohd Mahiri Hussin, Zulhimi Hafiz Hamdan dan Muhamad Razif Semait di hadapan Stadium Indera Mulia dan di depan tapak pasar tani stadium itu pada 1 pagi, 16 April lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili tertuduh memohon mahkamah supaya membenarkan anak guamnya itu diikat jamin.

Selain Mohd Fitri, tertuduh turut diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan Mohd Zambri Ibrahim manakala pendakwaan diwakili Insp. Nazaruddin Ibrahim.

Majistret Haslinda A Raof kemudian membenarkan permohonan tertuduh dengan menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kes itu disebut semula pada 3 Jun ini.
Tags / Kata Kunci: JDT , Perak , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan