Suami Nurul Izzah Lantik Saudara Terdekat Sebagai Wakil Pendamai Dalam Kes Cerai

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 6:58 PM

Nurul Izzah Anwar (dua dari kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suami kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah melantik anggota keluarga terdekat sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, memaklumkan kepada Hakim Syarie Ab Malek Awang bahawa pihaknya telah melantik Mohd Fauzi Mustaffa, 45, yang merupakan saudara terdekat kepada suami Nurul Izzah sebagai wakil JKP dalam kes itu.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi tidak hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini ketika kes itu disebut hari ini kerana berada di Labuan.
 
"Pada awalnya, pihak kami bercadang untuk melantik abang kepada Raja Ahmad Shahrir, bagaimanapun beliau kini tinggal di luar negara yang memerlukan kos dan komitmen untuk menghadiri prosiding di mahkamah," katanya.

Pada 1 April lalu, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli melantik Rosli Ibrahim yang merupakan bapa saudaranya sebagai wakil JKP itu.
 
Pasangan tersebut tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Jun ini untuk kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP berkenaan.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan