Bunuh: Penjual Burger Dihukum Gantung

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penjual burger dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh seorang lelaki dengan menikam leher mangsa, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Mohd Firdaus Mokhtar, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya Hakim Zamani berkata keterangan pembelaan daripada tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan terdapat keterangan dua saksi pembelaan yang tidak konsisten terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa membunuh Mohd Faizal Mohd Zain, 27, di sebuah rumah bernombor 1089, Jalan Selamat, Sungai Bakap dekat sini pada 3 petang, 3 Mei 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mangsa ditemui mati di dalam sebuah rumah yang disewa sepasang warga emas selepas ditikam di leher, dada dan betis oleh penjenayah yang cuba merompak penghuni rumah itu, Hussin Abdul Rahman, 80. Mangsa merupakan jiran Hussin.

Pihak pendakwaan memanggil 17 saksi manakala pihak pembelaan memanggil tiga saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab manakala Mohd Firdaus diwakili peguam M. Chandran.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah Tinggi , Goerge Town

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan