Warga Indonesia Dipenjara Hendap Wanita

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Gunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap pada 4 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik tandas itu.

Apabila mangsa bertanya mengapa dia (tertuduh) memasuki tandas wanita itu, dia memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan.

Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Penjara

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan