Bekas Pegawai AirAsia Hadapi 145 Pertuduhan Tukar Jadual Penerbangan

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:06 PM

Seorang anggota polis mengiringi J.Kangaie Agilan yang mengaku tidak bersalah atas 145 pertuduhan mengubahsuai jadual penerbangan pelanggan. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 145 pertuduhan menukar jadual penerbangan pelanggan tanpa mengenakan bayaran sepatutnya sehingga menyebabkan kerugian RM229,100.

J.Kangaie Agilan, 27, dari Taman Pelangi, Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca di depan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, Kangaie Agilan yang merupakan pegawai prapenerbangan ketika kejadian, mengubah suai kandungan pangkalan data Sistem Tempahan SkySpeed milik AirAsia bagi 145 tiket.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Kawalan Tempahan Serantau AirAsia Bhd, Tingkat 2 FSBM Plaza, 3539 Jalan Teknokrat, Cyberjaya antara Mei 2009 hingga Oktober 2010 mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM150,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hodni Khairuddin menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Satwant Singh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM6,000 atas alasan tertuduh adalah pesalah pertama dan hanya bekerja sambilan dengan gaji RM2,000 sebulan sebelum ditahan 11 April lepas.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan