Kes Rasuah: Mahkamah Tangguh Rayuan Khir Toyo

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 4:20 PM

Khir Toyo.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan akhir bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana rasuah ditangguhkan ke tarikh lain yang belum ditetapkan. 

Rayuan itu dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan di sini Selasa.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata mahkamah membenarkan penangguhan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Dr Mohd Khir, menghantar surat rasmi Khamis lepas (10 April) memohon penangguhan itu disebabkan beliau menghadiri satu persidangan di Jepun.

Muhammad Shafee adalah wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asean (AICHR), yang bermula pada Selasa.

Mohd Aizuddin berkata mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk menghadiri pengurusan kes sebaik sahaja Muhammad Shafee kembali ke tanah air bagi tarikh baharu pendengaran ditetapkan.

Mohd Aizuddin berkata tarikh bagi pengurusan kes itu belum ditetapkan.

Ini adalah penangguhan kedua. 

Pendengaran rayuan itu pada mulanya dijadual pada 6 Februari tahun ini tetapi ditangguhkan ke Selasa.

Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Khir bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Dr Khir, 49, untuk melucut hak pemilikan hartanah yang diperoleh itu dan menyerahkannya kepada kerajaan.

Mahkamah Rayuan, pada 30 Mei tahun lepas, menolak rayuan Dr Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa memperoleh bagi diri sendiri dan isterinya, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.

Kesalahan itu dilakukan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan