Warga Bangladesh Tuntut RM1 Juta Untuk 1 Sebatan

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 9:39 AM

Peguam S. Raveen Tharan menunjukkan gambar anak guamnya, Alamin Sheikh Badsha Sheik.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pekerja Bangladesh yang sabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana memasuki negara ini secara haram memfailkan saman terhadap kerajaan.

 

Alamin Sheikh Badsha Sheik, 28, menuntut RM3 juta sebagai ganti rugi atas dakwaan 'seksaan dan penderitaan' akibat daripada tiga hukuman sebat yang diterimanya.

Rakyat asing itu turut menuntut sebanyak RM2.25 juta bagi ganti rugi kerana dipenjarakan selama 90 hari.

Selain itu dia juga menuntut antara lain ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan dan ganti rugi kerana kehilangan kelelakian kerana hukuman tersebut.

Dia menamakan Ridzuan Yusof dari Bahagian Pasport dan Keselamatan Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Aloyah Mamat; pegawai penyiasat, Sarjan Mahayun Zuhairi Salihin zukuri; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai defendan.

Menerusi penyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Mac lalu, Alamin berkata dia adalah seorang pekerja asing yang sah dengan permit yang sah sehingga 19 Julai 2014.

Katanya, dia diupah oleh sebuah syarikat pembinaan di Bukit Mertajam dengan gaji bulanan sebanyak RM1,300.

Dia ditahan pada 28 Jun tahun lepas dan kemudiannya dipenjara tiga bulan dan diberikan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Peguamnya, S. Raveen Tharan berkata, Alamin mengaku bersalah apabila didakwa pada 18 Julai tahun lepas bagi kesalahan itu di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan kesalahan lain iaitu memiliki motosikal curi di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

"Alamin juga dihukum penjara tiga bulan bagi kesalahan yang lain dan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak," kata Raveen pada sidang media pada Jumaat selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 April ini sebagai hari pengurusan kes bagi permohonan itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan