Kapten Kapal Warga Myanmar Dituduh Seludup Diesel - Berita Mahkamah | mStar

Kapten Kapal Warga Myanmar Dituduh Seludup Diesel

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang kapten kapal tangki warganegara Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas pertuduhan memiliki 1,134,416 liter diesel bersubsidi yang disyaki cuba diseludup keluar ke beberapa negara lain.

Hla Tint, 48, dari Yangon, Myanmar, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Mohd Noor Firdaus Rosli.

Dia yang diwakili peguam Nur Shahid Abdul Majid didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 196, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntuk denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) Khairul Fikrie Ahmad Zabaidi dibantu pegawai pendakwa, Ahmad Abdullah.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan permohonan supaya tertuduh tidak dibenar diikat jamin memandangkan dia warganegara asing dan melakukan kesalahan yang melibatkan kepentingan negara.

Khairul Fikrie berkata nilai rampasan juga tinggi iaitu melebihi RM8 juta merangkumi minyak diesel, lori tangki dan kapal tangki berkenaan.

Nur Shahid bagaimanapun membantah permohonan itu dengan alasan anak guamnya berhak untuk diikat jamin dengan kadar jaminan munasabah yang ditentukan oleh pihak mahkamah.

Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menawarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Hla Tint juga diperintah menyerahkan pasport kepada mahkamah selain wajib melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 25 April depan.

Pada 5 April lepas, KPDNKK menahan tertuduh bersama 11 lagi anak kapalnya setelah dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi untuk dijual ke beberapa negara jiran dalam Ops Diesel East Coast 1 (ODEC1) di jeti Pelabuhan Kuantan.
Tags / Kata Kunci: warga Myanmar , seludup diesel , Hla Tint , KPDNKK
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan