Edar Dadah: Dua Lelaki Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dibicarakan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar pembelaan oleh kedua-dua tertuduh iaitu P.K. Saravana Kumar dan Ung Sing Seng serta mengambil kira kepentingan awam.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravana Kumar, 33, dan Ung, 50, dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 266.8g dan monoacetylmorphines seberat 19.9g di Mutiara Court, 33-02-02, Lorong Delima 20, Green Lane, di sini pada pukul 10.20 malam, 23 Mei 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diperintahkan membela diri pada 20 Dis 2013.

Selain itu Zamani juga memerintahkan Saravana dan Ung menjalani hukuman penjara selama setahun bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 23 Mei 2011, terhadap dua lagi pertuduhan memiliki racun berjadual.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa memiliki racun berjadual iaitu kafein seberat 42,117.2g dan klorokuin seberat 294.9g tanpa permit dan kebenaran sah daripada pihak berkuasa di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, Saravana dan Ung didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam S. Rethinakumar.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , George Town

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan