Wanita Myanmar Dipenjara Lapan Bulan Guna Kekerasan Terhadap Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana kesalahan menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya tahun lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Me Khaine, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Januari 2014. 

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dengan memijak muka mangsa dan memukulnya menggunakan tangan, rotan dan penyangkut baju di Pasar Borong Baru Selayang, di sini, antara Oktober 2013 hingga 16 Januari 2014.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan