Dua Lelaki Indonesia Didenda Dipenjara, Simpan Rokok Belum Lulus Kastam

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 7:01 PM

mahkamah

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia pada Selasa didenda RM1,000 serta dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyimpan rokok kretek dan rokok pelbagai jenama yang belum diluluskan oleh Kastam. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Eko Indra Jaya, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan rokok tersebut yang merupakan barang-barang larangan. 

Erry Shahriman juga memerintahkan Eko Indra menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Eko Indra yang merupakan penjaga kedai didakwa menyimpan semua rokok-rokok bernilai RM96.04 itu di laci kaunter di kedai Narahmat Enterprise, No.28, Jalan Madrasah, berhampiran LRT Taman Melati, Gombak Setia, di sini  pada 4 April lepas.

Sementara itu, rakan senegaranya, seorang lagi penjaga kedai, Fauzi, 25, didenda RM500 dan dipenjara sehari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan 564 batang rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM42.48. Jika gagal bayar denda itu, dia boleh dipenjara empat bulan.

Fauzi, didakwa menyimpan rokok-rokok itu di dalam kotak di kawasan kaunter bayaran di dalam kedai Ata Kana Enterprise, No. SL 21, Gerai Fasa 3B, Gombak, di sini pada 4 April, pukul 11.30 malam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan