Balu Dan Anak Sulung Ahmad Sarbaini Fail Saman RM8 Juta Berhubung Kematian Suami

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 6:21 PM

kastam

Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, Puan Masiah @ Mariah Manap menfailkan writ saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, pada Jumaat memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap, 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan si mati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 September 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. 

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan