Tali Nilon Halang Komando VAT69 Bantu Rakan

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 8:58 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bahawa seutas tali nilon panjang berwarna putih menghalang pasukan peronda VAT69 daripada memberi bantuan kepada rakan mereka yang terlibat dalam satu pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas.

Ketika memberi keterangan pada hari ke-30 perbicaraan 30 orang yang dikenakan pelbagai pertuduhan berkaitan pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas, Sarjan Suhaimi Harun, ketua peronda dalam sektor A, berkata dia diarahkan ketua sektor DSP Hakemal Hawari mengetuai pasukan perondanya memasuki sektor B, C atau D apabila berlaku pertempuran di sana pada kira-kira pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di puncak sebuah bukit, kira-kira 3 hingga 4 kaki tinggi, dia ternampak seutas tali nilon putih yang merentang panjang, begitu panjang hingga dia tidak dapat melihat hujungnya.

"Apabila saya melepasi tali itu, sebaik sahaja tapak kaki saya mencecah tanah, tiba-tiba peluru bertubi-tubi menuju ke arah saya.

"Tembakan itu datang dari arah depan, tapi saya tidak pasti dari mana datangnya.

"Ketika tembakan berterusan, saya lompat ke kanan saya dan menuruni bukit untuk mencari tempat berlindung sambil berteriak 'meniarap, meniarap' untuk memberi amaran kepada orang saya supaya mencari perlindungan," katanya.

Saksi pendakwa ke-18 ini berkata dia tidak membalas tembakan kerana tidak dapat melihat kedudukan penyerang dalam keadaan dia dan orangnya berada di tempat lebih rendah.

Kata Suhaimi dia tidak dapat melihat ke arah atas bukit kerana terdapat tembakan yang tidak putus-putus, seolah-olah senjata yang digunakan diset dalam mod automatik.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya Datuk Abdul Wahab Mohamed jenis senjata yang mungkin digunakan untuk melepaskan tembakan itu, Suhaimi berkata berdasarkan bunyi tembakan, dia percaya ia berpunca daripada senjata berat dengan peluru kaliber 7.62 mm.

Kata Suhaimi, dalam kejadian selama 10 hingga 15 minit itu, dia memberitahu Hakemal melalui walkie talkie bahawa dia dan orangnya sedang ditembak dan diarah supaya terus berada di kedudukan mereka iaitu di satu kawasan berpaya, dan mencari perlindungan.

Abdul Wahab: Ketika mengambil perlindungan kira-kira pada pukul 1 tengah hari, apakah arahan yang diberi DSP Hakemal kepada kamu? 
Suhaimi: Saya mendapat arahan daripada DSP Hakemal melalui walkie talkie supaya berundur dari kawasan itu dan menyertai beliau serta pasukannya.

Tiga puluh tertuduh, yang terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalam kes itu, dengan sesetengah mereka menghadapi pelbagai pertuduhan, termasuk menganggotai satu kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, mencari anggota untuk satu kumpulan pengganas atau dengan sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota satu kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah, bersambung pada Rabu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan