Inkues: Punca Kematian Tahanan Dalam Lokap Akibat Embolisme Paru-Paru

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Mahkamah Koroner di sini pada Selasa memutuskan kematian seorang tahanan dalam lokap Balai Polis Kampar di sini tahun lepas, adalah disebabkan "natural causes" atau sebab semula jadi.

Koroner Melati Diana Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata ini berdasarkan keterangan 10 saksi serta eksibit yang dikumpul sepanjang prosiding inkues diadakan.

"Tahanan M. Ragu telah meninggal dunia disebabkan 'embolisme paru-paru' iaitu kehadiran darah beku dalam sistem darah paru-paru. Embolisme paru-paru itu berpunca daripada tahap hidrasi yang rendah dan kesan infeksi paru-paru yang berpanjangan.

"Sehubungan itu keputusan kematian mangsa adalah disebabkan oleh 'natural causes' (sebab semulajadi), dengan itu prosiding inkues yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun dan peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, M.Kulasegaran ditutup," katanya pada prosiding terakhir inkues pada Selasa.

Ragu, 47, yang ditahan di lokap itu dilaporkan mati akibat 'embolisme paru-paru' pada pukul 8 pagi, 10 Mac tahun lepas iaitu dua hari selepas Mahkamah Majistret Kampar menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda RM2,000 terhadapnya.

Prosiding inkues punca kematian Ragu yang dimulakan pada Januari lepas menampilkan 10 saksi termasuk Ketua Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh Dr Mohammad Shafie Othman dan Ketua Balai Polis Kampar Inspektor Teo Shian Wu.

Sementara itu, Kulasegaran yang ditemui pemberita berkata pihaknya akan berbincang dengan keluarga tahanan itu sama ada akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi selepas menerima keputusan dan penghakiman bertulis daripada mahkamah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan