VAT69 Halang Penceroboh Masuki Kampung Tanduo

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sepasukan penembak hendap VAT69 menghalang kumpulan militan Sulu memasuki sektor B, C dan D dalam satu operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika berlaku kejadian tembak-menembak di kawasan itu pada 1 Mac tahun lepas.

Koperal Shahril Afiza Zahari berkata ini bermakna beliau dan pasukannya berperanan memberi perlindungan kepada rakan mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

Semasa insiden, Shahril Afiza berkata pasukannya berada 400 hingga 500 meter dari telaga dan longkang yang membekalkan air kepada kumpulan militan yang menceroboh kampung itu dan beliau pernah melihat 20 hingga 30 penceroboh mandi serta mengambil air dengan sesetengah mereka berpakaian celoreng dan bersenjata.

Bagaimanapun, beliau berkata dari kedudukan mereka, pasukannya tidak boleh melepaskan tembakan ke tiga sektor berkenaan dan satu-satunya perlindungan yang boleh diberi ialah menghalang penceroboh berkenaan dari kedua-dua lokasi bekalan air bergerak ke sektor B, C dan D.

"Kami boleh melepaskan tembakan apabila penceroboh dari dua punca air itu lari (ke arah pertempuran) atau melepaskan tembakan ke arah sektor B, C dan D)," katanya ketika disoal peguam Datuk N. Sivananthan pada perbicaraan 30 individu yang berdepan pelbagai pertuduhan berkaitan insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas.

Shahril Afiza juga memberitahu mahkamah bahawa bagi memantau penceroboh di Kampung Tanduo, beliau dibekalkan dengan teropong jarak jauh, alat pengimejan haba dan senjata tempur yang dilengkapi skop Schmidt & Bender.

Terdahulu, beliau berkata pada kira-kira 7 pagi 7 Mac tahun lepas, ketika menjalankan operasi keselamatan di Kampung Tanjung Batu, pasukannya menembak mati seorang lelaki berpakaian preman manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata sebelum itu, kedua-dua lelaki berkenaan menghampiri mereka secara tergesa-gesa.

"Seorang memegang parang dan seorang lagi bawa senjata yang saya tidak tahu apa jenis," katanya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed siapa yang ditembak, Shahril Afiza berkata lelaki yang memegang parang.

Abdul Wahab: Apakah tindakan koperal setelah tembakan dilepaskan ke arah penceroboh?

Shahril Afiza: Saya dan pasukan saya pergi memeriksa penceroboh yang tumbang tadi dan mendapati di sebelahnya ada sebilah parang dan sebuah beg.

Abdul Wahab: Adakah koperal berkesempatan memeriksa beg itu?

Shahril Afiza: Saya berkesempatan memeriksa beg itu dan mendapati di dalamnya ada sepasang baju celoreng dan sedikit makanan ringan.

Beliau berkata selepas memerikasa mayat penceroboh yang ditembak mati itu, pasukannya meninggal kawasan berkenaan tanpa mengambil apa-apa dan kembali ke lokasi di mana mereka ditempatkan selama empat hari mulai 6 Mac.

Sebanyak 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dalam kes ini.

Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung 1 April ini.

Tags / Kata Kunci: VAT69 , Kampung Tanduo , Sulu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan