Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah daripada warga asing pada bulan Mac lepas.

Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang warga Bangladesh Md Harun UR Rashid sebagai dorongan melepaskan rakannya, Nazrul Islam, daripada tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang pada 8.45 malam 14 Mac lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, Raja Mohamad Izzudin berdepan hukuman mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam Ridha Abdah Subri memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya hanya mempunyai pendapatan bersih RM2,000 sebulan dan isteri tertuduh adalah seorang penjawat awam yang berpendapatan RM1,800.

"Anak guam saya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau atau masalah disiplin.

"Dia turut menanggung kos rawatan ibu bapanya yang sudah uzur selain menanggung tiga adik yang masih bersekolah. Dia juga hadir ke mahkamah tanpa waran selain memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan SPRM," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis , Shah Alam , Mahkamah Sesyen

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan